Ipoh City Guide
  • Food & Drinks
  • Hotels
    • Hotels
    • Backpacker Hostels
  • Things To Do
    • Nightlife
    • Shopping
    • Food & Drinks
    • Events
  • Transportation
  • Getting There
Facebook 0
Instagram 4K
Pinterest 33
Ipoh City Guide
  • Food & Drinks
  • Hotels
    • Hotels
    • Backpacker Hostels
  • Things To Do
    • Nightlife
    • Shopping
    • Food & Drinks
    • Events
  • Transportation
  • Getting There
0
4K
33
sarapan pagi di ipoh
  • Makanan

15 Port Sarapan Pagi Di Ipoh Yang Berbaloi Untuk Kita Bangun Pagi (2023)

  • 4 minute read
Total
3
Shares
0
0
3
0
0
Like
Tweet
Pin it
Share
Like

Ipoh sememangnya terkenal dengan keindahan dan keunikan bangunan-bangunan era kolonial yang menarik ramai pelancong ke sini.

Tapi bukan sebab itu je tau! Ipoh merupakan syurga makanan yang patut anda kunjungi. Ha, kalau dah sampai sini, korang kena try semua makanan yang best-best kat sini yang susah nak jumpa dekat tempat lain.

sarapan pagi di ipoh

Untuk post kali ni, kami akan cerita dulu pasal port-port best untuk sarapan pagi di Ipoh. Jom!

Port-port Sarapan Pagi Di Ipoh
  1. Suhaimi Cafe
  2. Restoran New Hollywood
  3. Mee Daud Mat Jasak
  4. Gazebo Abg Nash
  5. Old Town White Coffee (Grand), Ipoh
  6. Wan Mee Kari
  7. Salmah Kopitiam
  8. Restoran Kosiswa Riverside Ipoh
  9. Medan Selera Dataran Dato Sagor
  10. Greentown Dim Sum Café
  11. Canning Dim Sum
  12. Restoran Siti Khadijah
  13. Nelli’s Deli, Jalan Sultan Yusuf, Ipoh
  14. Restoran Halimah Bachik
  15. Sajian Gjee

Suhaimi Cafe

Lokasi: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, 30020 Ipoh

Suhaimi Café ni menyediakan menu hidangan ala kopitiam yang sangat best.

Dengan makanan signature mereka, Roti Benggali Cicas Kari Ayam, ditambah pulak dengan Roti Titab lepas tu, fuhh, memang sedap!

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @limitedrainbow

Restoran New Hollywood

Lokasi: Taman Canning, 31400 Ipoh

Ini antara tempat paling famous kalau nak sarapan pagi di Ipoh. Restoran New Hollywood ni ada banyak gila pilihan makanan yang korang kena cuba.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @hafizahzoawe

Tapi yang paling utama korang kena try adalah Chee Cheong Fun. Tapi harap bersabar ya, memang kena beratur.


Mee Daud Mat Jasak

Lokasi: No 1 &, 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Kampung Jawa, 30300 Ipoh

Kedai Mee Daud Mat Jasak ni dah beroperasi sejak sekitar 1970-an lagi. Tak hairanlah kalau dia punya Mi Kicap dengan Mi Kari memang power.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @aaqiell.khasyi

Gazebo Abg Nash

Lokasi: 2, Lebuh Lapangan Siber 2, Taman Botani, 31350 Ipoh

Gazebo Abg Nash ni konsep dia santai je. Korang kena try makan Capati dengan kuah Sardin atau kuah daging dia. Peh, memang best!

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @alieyadee
sarapan pagi di ipoh
Imej dari @rullsliz

Kat sini ada juga Mee Kari, Mee Kicap dan Bubur Nasi yang sememangnya popular dalam kalangan pengunjung.



Old Town White Coffee (Grand), Ipoh

Lokasi: 2, Hala Datuk 5, 31650 Menglembu, Ipoh

Eh, Old Town White Coffee pun ada dalam list? Haa, kalau korang nak tahu, Old Town White Coffee yang dekat Ipoh ni lain daripada yang lain.

Sebab tu dia ada tambah (Grand) dekat belakang nama dia. Apa yang lain? Ha, dia ada menu tambahan yang tiada di Old Town White Coffee yang lain. Kena try tau!

sarapan pagi di ipoh
Imej dari Oldtown White Coffee

Wan Mee Kari

Lokasi: 12, Jalan Jelapang Selatan 1, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh

Mee Kari yang rasanya ummph gilerr! Dia punya kari memang mantap. Sedap dan pekat.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari Mingguan Wanita
sarapan pagi di ipoh
Imej dari @sugarpinkicing

Fish cake dan fish ball ni diorang yang buat sendiri tau. Dia punya banyak isi, memang tak kedekut.


Salmah Kopitiam

Lokasi: 92, Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

Kalau nak cari Kacang Pool yang best dekat Ipoh ni, korang kena cuba Salamah Kopitiam.

sarapan pagi di ipoh
Kacang Pool.
Imej dari @bib_abdhamid

Tapi bukan tu je tau, dia ada banyak lagi menu yang best-best macam Telur goyang, Laksa Johor, dan macam-macam lagi.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @teyaslim

Owh satu lagi, jangan lupa try Teh Ais kat sini yang meleleh dari gelas.

sarapan pagi di ipoh
Teh Ais meleleh di Salmah Kopitiam.
Imej dari @muzakkirmustaffa

Restoran Kosiswa Riverside Ipoh

Lokasi: No.21, Jalan Laxamana, 30300 Ipoh

Menu makanan best yang korang kena cuba dekat sini adalah Char Kuey Teaw. Memang lain daripada yang lain.

sarapan pagi di ipoh
Char Kuey Teow Kosiswa.
(Imej dari @amin_aida83)

Lepas tu korang kena cuba pulak dia punya Lontong. Makan dengan nasi Impit, kuah kacang dengan sambal bilis. Peh!

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @mohdfawwaz


Medan Selera Dataran Dato Sagor

Lokasi: Jalan Dato Sagor, 30000 Ipoh

Dataran Dato Sagor ni sebelah je dengan Masjid Negeri. Dengan kawasan yang memang cantik untuk korang ambik gambar, korang boleh jugak singgah makan sarapan dekat Medan Selera Dataran Dato Sagor ni.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @megataaa

Makanan famous yang korang kena cuba? Dia punya Telur goyang. Memang sedap!

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @faizakmalfaisal

Greentown Dim Sum Café

Lokasi: 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh

Untuk korang yang nak rasa sarapan pagi di Ipoh yang lain daripada yang lain, korang kena singgah di Greentown Dimsum Café.

Sesuai untuk sesiapa yang baru first time nak rasa Dimsum ni, boleh datang cuba dekat sini. Korang kena cuba Pyramid Dumpling dekat sini, popular tau. Dia punya Mee Wantan pun best.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @zarithismailmajid

Canning Dim Sum

Lokasi: 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh

Selain daripada Green Town Dim Sum, satu lagi restoran Dim Sum yang popular adalah Canning Dim Sum. Awal pagi lagi dah bukak, sampailah tengah hari.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @akubeb

Makanan best yang korang kena cuba adalah Lau Sa Pau dengan 5 rasa iaitu telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.

sarapan pagi di ipoh
Lau Sa Pau.
(Imej dari @makanapatudotcom)

Restoran Siti Khadijah

Lokasi: 5-G, Jln Meru Bestari B5, 31200 Ipoh

Tekak Melayu? Nak rasa makanan sarapan Melayu yang pure di Ipoh? Mai singgah Restoran Siti Khadijah. Walaupun menu dia macam biasa, tapi rasa dia memang sedap. Dekat sini kalau korang nak makan tengah hari pun best.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @ikmalhakimiofficial


Nelli’s Deli, Jalan Sultan Yusuf, Ipoh

Lokasi: 101, Jalan Sultan Yusof, 31650 Ipoh

Hidangan signature di Nelli’s Deli adalah Nasi Lemak yang wajib korang cuba. Dengan ayam goreng yang besar, home-made nasi lemak, sambal udang dan sambal sotong yang cukup menyelerakan, rasanya pasti akan membuatkan korang terangkat, beb!

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @havehalalwilltravel

Restoran Halimah Bachik

Lokasi: 29, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh

Kalau nak tempat sarapan pagi di Ipoh yang best dengan harga yang sangat murah, inilah tempatnya. Makanan yang best korang patut rasa dekat sini adalah Roti Canai.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @ainprudential

Kena datang cepat ya, bila dah nak tengah hari, kebiasaannyaa memang restoran ni akan sesak dengan pengunjung.


Sajian Gjee

Lokasi: 3, Jalan Meru Bistari A2, 30020 Ipoh

Dekat Restoran Sajian Gjee ni, korang kena cuba Roti Canai dan Nasi Lemak dia. Memang famous! Dekat sini jugak disediakan menu makanan tengah hari. Penuh dengan pelbagai lauk pauk, siap ada ulam-ulaman dengan sambal belacan.

sarapan pagi di ipoh
Imej dari @divameletops

Promosi & Diskaun

Dari masa ke semasa, kami akan menghantar diskaun dan berita terkini mengenai Ipoh ke senarai e-mel peribadi kami. Sertai senarai Eksklusif secara percuma!


Tag Kami Kat Instagram

Jangan lupa follow kami dan tag gambar-gambar korang kat Ipoh


Sedia bangun pagi untuk try tempat-tempat sarapan pagi di Ipoh ni?

Ada banyak lagi tempat sarapan yang memang best dekat Ipoh ni. Kalau ada tempat-tempat lain yang korang rasa perlu ditambah, komen jer di bawah ya!


Total
3
Shares
Like 0
Tweet 0
Pin it 3
Share 0
Like 0
The Ipoh Guide

Previous Article
lagu raya
  • Lain-Lain

50+ Koleksi Lagu Raya 2019 Untuk Naikkan Semangat Raya

Read More
Next Article
Kinta Riverfront Hotel Ipoh
  • Berita

Kinta Riverfront Hotel Ipoh Bakal Ditutup Hunjung Bulan April 2020

Read More
You May Also Like
5 comments
  1. Yaya Natsumi berkata:
    Januari 23, 2020 5:35 pm

    Tak berkesempatan lagi nak jalan-jalan ke Ipoh. Seronoknya banyak tempat best dengan menu dan pilihan makanan yang menarik. Lepas ni kalau nak pergi ke sana boleh rujuk disini hee thank for sharing!

    Balas
  2. cindyrina berkata:
    Januari 23, 2020 7:21 pm

    Terima kasih bagi list ni. Last time I pegi Ipoh memang terkial kial nak cari tempat pegi breakfast. Last last Old Town yang kat tepi padang bola tu je,

    Balas
    1. The Ipoh Guide berkata:
      Januari 23, 2020 7:37 pm

      Haha. Boleh jugak try Miker Food kat Padang Ipoh tu.(Dekat jer dari Oldtown White Coffee)

      Balas
  3. Dik bee berkata:
    Januari 24, 2020 2:10 pm

    wow.. banyaknya list. ha lepas ni kalau ada ke Ipoh leh la rujuk kat sini. Kadang bila orang tanya mana tempat best nak makan saya sendiri tak tau nak jawab wpun hakikat sy ni orang perak. hehe

    Balas
  4. fashya berkata:
    Jun 9, 2023 12:00 pm

    wahhhh.. bestnya tempat makan di ipoh… Boleh jugak try MEE, KOTIAW, BIHUN, YEE MEE KICAP di Restoran Dee Jayy Arr.. berhadapan dengan TOWER REGENCY HOTEL.. open daily sahaja.. Isnin-Khamis.. jam 8am-12pm.. Mee Kicap Kuah kari dia powerrr!!

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular Posts
  • Lagu Raya Perak 2020 1
    Kome dah dengor Lagu Raya Perak yang Viral ni? – Moh Beraya 2020!
  • Kinta Riverfront Hotel Ipoh 2
    Kinta Riverfront Hotel Ipoh Bakal Ditutup Hunjung Bulan April 2020
  • sarapan pagi di ipoh 3
    15 Port Sarapan Pagi Di Ipoh Yang Berbaloi Untuk Kita Bangun Pagi (2023)
  • lagu raya 4
    50+ Koleksi Lagu Raya 2019 Untuk Naikkan Semangat Raya
  • Suite King Room M Boutique Hotel Ipoh 5
    18 Hotel Di Ipoh Yang Paling Digemari (Tahun 2023)
Categories
  • Berita (1)
  • Hotels & Homestay (1)
  • Lain-Lain (2)
  • Makanan (1)
Bus to Ipoh
Bus To Ipoh Banner

The Ipoh Guide

Originally a village, Ipoh began to grow rapidly in the 1880s after huge deposits of tin were discovered within its vicinity. Ipoh was declared a city in 1988.

Navigate
  • Food & Drinks
  • Hotels
    • Hotels
    • Backpacker Hostels
  • Things To Do
    • Nightlife
    • Shopping
    • Food & Drinks
    • Events
  • Transportation
  • Getting There
Recent Posts
  • Lagu Raya Perak 2020
    Kome dah dengor Lagu Raya Perak yang Viral ni? – Moh Beraya 2020!
  • Kinta Riverfront Hotel Ipoh
    Kinta Riverfront Hotel Ipoh Bakal Ditutup Hunjung Bulan April 2020
  • sarapan pagi di ipoh
    15 Port Sarapan Pagi Di Ipoh Yang Berbaloi Untuk Kita Bangun Pagi (2023)
Ipoh City Guide
  • Advertise
  • About
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Input your search keywords and press Enter.