Tahukah anda yang Ipoh merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia? Yang sebelum ini tidak tahu, tahniah! Sekarang, anda sudah tahu.
Sebagai sebuah bandar besar, Ipoh sememangnya menjadi antara bandar yang paling disukai dan diminati oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Mana taknya, semakin besar sesebuah tempat itu, semakin banyak benda menarik yang ada di situ.
Daripada makanan-makanan tempatan yang sangat sedap sehingga menjilat jari, sehinggalah kepada bangunan-bangunan lama tinggalan bersejarah yang sangat unik dan menarik, semua aspek menarik dan unik di sana menggamit orang ramai untuk datang dan merasai sendiri pengalaman melancong di Ipoh. Kalau bukan seminggu, sehari dua pun jadilah. Pastinya sudah cukup untuk kita berasa kagum dengan keistimewaan ibu negeri Perak ini.
Namun, kedatangan kita ke Ipoh mestilah disertai dengan tempat penginapan yang selesa supaya mood melancong tidak dirosakkan dengan tempat penginapan yang mengecewakan. Tiada yang lebih indah daripada tempat beradu yang selesa selepas penat meneroka tempat-tempat baru semasa melancong.
Untuk memastikan keselesaan anda di Ipoh, anda bolehlah memilih antara 5 buah hotel di bawah yang terkenal dengan servis yang terbaik di Ipoh.
1. M Boutique Hotel Ipoh
Kita mulakan dengan M Boutique Hotel Ipoh. M Boutique Hotel terletak lebih kurang 17 minit berjalan kaki daripada stesen keretapi Ipoh (Ipoh Railway Station). Jadi, ia sangatlah sesuai untuk pelancong yang datang tanpa kenderaan sendiri dan merancang untuk menggunakan kenderaan awam. Bilik penginapan yang disediakan di M Boutique Hotel bukan sahaja direka dengan keunikan tersendiri, malah, ia juga memaparkan konsep vintage yang membuatkannya lebih menarik berbanding hotel-hotel lain di Ipoh. Dengan rekaan yang lain daripada yang lain, setiap ruangan akan menjadi latar belakang yang cantik untuk gambar-gambar kenangan anda di Ipoh. Bolehlah anda kongsikan pula dengan pengikut-pengikut anda di Instagram. Mereka pasti akan berasa kagum dengan apa yang sediakan untuk mereka.
Untuk menempah bilik, anda boleh tekan di sini. Harga bilik bermula daripada RM151 semalaman.

Bukan itu sahaja, M Boutique Hotel juga terkenal dengan Signature Oldtown White Coffee yang terletak di tingkat paling bawah. Buat peminat kopi, M Boutique Hotel pastinya pilihan anda yang paling tepat jika anda masih mencari-cari tempat penginapan terbaik di Ipoh.

Baca: M Boutique Hotel Ipoh : 6 Astounding Reasons To Stay Here
2. WEIL Hotel Ipoh
Pernahkah anda terfikir untuk merasai pengalaman menginap di hotel di Ipoh yang menjadi tempat penginapan ahli-ahli perniagaan dan orang-orang korporat? Hotel pilihan mereka biasanya direka khas dengan kelengkapan seorang ahli perniagaan yang sangat selesa, cantik dan canggih. Anda juga boleh merasainya jika anda memilih WEIL Hotel Ipoh. WEIL Hotel Ipoh terkenal dengan signature makanan yang sedap. Selain itu, kedudukannya yang strategik membolehkan para tetamu menikmati keindahan panorama legasi metropolis di Ipoh yang berbukit bukau. Bar di atas bumbung mempamerkan pemandangan bandar Ipoh yang memukau pandangan.
Untuk tempahan, anda boleh tekan sini. Harga bilik bermula daripada RM345 semalaman.

3. Ipoh Bali Hotel
Direka dengan rekaan dan hiasa dalaman yang sangat cantik, Ipoh Bali Hotel memaparkan keindahan konsep rekaan dalaman Bali yang membuatkan para pengunjung jatuh cinta dengannya.
Konsep rekaan dalam tradisional Bali memberikan suasana yang tenang dan damai untuk mereka yang ingin berehat seketika setelah sekian lama tenggelam dalam kesibukan membina kerjaya.
Yang membuatkan hotel di Ipoh ini lebih istimewa pastilah layanan dan servis terbaik daripada staf di hotel ini.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut tekan sini. Harga bilik bermula daripada RM252 semalaman.

4. MΓ Hotel Ipoh
Terletak di tengah-tengah bandar Ipoh, MΓ Hotel adalah sebuah hotel butik yang sangat stylish dengan bilik-biliknya yang tampil ringkas tapi selesa. Sangat sesuai untuk golongan muda yang lebih minimalistik dan sukakan kesederhanaan. Istimewanya lagi, hotel ini menyediakan servis shuttle percuma untuk tetamu hotel mereka untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar. Kalau anda menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keindahan pemandangan matahari terbenam di bandar Ipoh daripada atas bumpung yang menempatkan MΓ Bar. Pasti mengasyikkan!
Untuk tempahan bilik, tekan sini. Harga bilik bermula daripada RM189 untuk semalaman.


5. Bedrock Hotel Ipoh
Lokasinya di sebuah jalan yang sunyi, hanya beberapa minit perjalanan sahaja daripada kawasan tempat makan yang terkenal di Ipoh. Itulah Bedrock Hotel Ipoh. Bedrock Hotel Ipoh boleh dikatakan sebagai hotel pilihan nombor satu dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Ipoh. Ia sangat terkenal dengan servis terbaik oleh staff yang sangat mesra pelanggan. Mereka sangat mementingkan keselesaan tetamu walaupun daripada sekecil-kecil aspek termasuklah menyediakan payung semasa hari hujan. Di sini, peta turut disediakan untuk memudahkan tetamu mereka menerokai bandar Ipoh.
Untuk tempahan bilik, tekan sini. Harga bilik bermula daripada RM222 semalaman.

Anda sudah pernah melawat Ipoh?
Jangan lupa kongsikan pengalaman penginapan anda di Ipoh.
Oh ya, jangan lupa juga untuk nikmati makanan-makanan yang ranggup di Ipoh: 5 Popular Local Foods in Ipoh.
11 comments
Cantiknya semua hotel! Tapi M boutique hotel tu je pernah dgr and pernah baca orang review. Ok ni boleh letak dekat fav. Pergi ipoh nanti dah tau nak booking hotel mana. Tq share!
Yes betul. M Boutique Hotel memang cantik interior dan juga dekat dgn Ipoh town π
Pehhhh memang cantik gempak semua hotel. Harga pun affordable jee. Selalu jugak naik Ipoh untuk urus hal kawin tapi balik hari je. Memang penat gila, tak terfikir pulak nak stay hotel katsana. Nice juga tempat dia.
Banyak lagi hotel dan homestay yang cantek ket Ipoh. Nanti kami sharekan list homestay best kat Ipoh π
Good to know of this, wanna go Ipoh but dont know which hotel to stay. Now we can check list here before we go, gonna plan the holiday for next schoolholidays. I would prefer the family room as I have a teen son, and his bro 8 yr old.
Thanks for the info, selalu pening pala bila mikirkan nak cari bilik kat Ipoh ni, sekarang.. tak lagi
I just went ipoh and stayed in a nice airbnb.. very comfy and great place to visit, for ipoh.. will go again for sure…
I have stayed in weil hotel few times. Always wanted to stay at bali hotel but didn’t get the chance.
Sure. You should check out the good reviews for Bali Hotel here π
Suka tengok dekorasi bilik ipoh bali hotel tu. Nampak kemas dan cantik. Hotel lain pun tak kurang hebatnya. Harga pun masih lagi kategori mampu milik kan. Kalau pergi Ipoh bolehlah singgah bermalam di sini
wow semua hotel nampak menarik..tapi paling win di hati ciktom dekorasi ipoh bali hotel..next time balik kampung suami perak..blh ajak stay sana..hehe